6 Tempat Makan Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi Jika Anda Gemar Mencuba Makanan Tempatan

Leave a Comment

Rakyat Malaysia amat meminati makanan mereka. Negara Malaysia bertuah sekali kerana mewarisi pelbagai jenis makanan daripada keturunan bangsa yang berlainan. Sebagai wadah tumpuan aneka budaya, ini menjadikan kepelbagaian makanan untuk dicuba oleh pengunjung ke Malaysia begitu menarik sekali. Keunikkan ini sama seperti yang dialami ketika di New York


Kesemua enam tempat ini wajib dikunjungi ketika anda bercuti di Malaysia dan gemar mencuba makanan tempatan. Walaupun ada sebilangan makanan ini tidak berasal dari  Malaysia, namun ia telah menawan hati rakyat Malaysia sehingga menjadi sebahagian daripada sajian tempatan yang popular. 


1. George Town

George Town, bandar kedua terbesar di Malaysia merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang terkenal bukan sahaja dengan warisan seni binanya tetapi juga dengan kepelbagaian sajian makanan tempatannya.


Destinasi popular di kalangan pengembara dan pelancong, George Town juga dikenali sebagai ‘ibu kota makanan tempatan Malaysia’. Antara makanan jalanan yang paling sedap dan menarik di George Town boleh didapati di Persiaran Gurney (Gurney Drive), sebatang jalan yang menawan dengan pemandangan laut yang menakjubkan. 


Satu-satunya bangunan pencakar langit di sini, Rainbow Skywalk, merupakan bangunan setinggi 68 tingkat yang menawarkan pemandangan yang cukup indah. Pelabuhan George Town dan kawasan tepi laut merupakan tempat popular di kalangan pelancong dan menawarkan banyak aktiviti menarik. Pemandangan dari puncak Bukit Bendera (Penang Hill) terutamanya, kelihatan indah sekali pada waktu malam. Anda boleh menaiki trem ke puncaknya, untuk pengalaman yang kurang mencemaskan, bagi menikmati keindahan bandar. 


Sebelum membeli cenderahati batik dari pasar tempatan, pengunjung boleh melawat Muzium Batik Painting Pulau Pinang atau melawat tokong Kek Lok Si yang tersergam indah sejak abad ke 19.


2. Jalan Alor

Jalan Alor merupakan sebuah tempat makan unik yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Sebaik sahaja anda tiba di Jalan Alor, anda akan berasa seolah-olah berada di bandar yang berbeza. Tiada lagi pusat membeli belah  moden mengelilingi kawasan itu, sebaliknya anda akan diselubungi perasaan nostalgik.


Apabila matahari terbenam, suasana Jalan Alor mula sibuk dengan peniaga kecil yang giat membuka gerai jualan makanan Malaysia yang unik dan sedap. Suasana di kedua-dua belah Jalan Alor begitu riuh-rendah sekali. Pastinya, di sinilah tempatnya penduduk tempatan mahupun pelawat yang bercuti ke Kuala Lumpur, dapat mencari makanan tempatan unik yang tidak pernah dirasai sebelum ini.


Jika anda menginap di sekitar bandar Kuala Lumpur, anda boleh ke Jalan Alor dengan mudah. Contohnya, perjalanan dari Hotel Radum Palace ke Jalan Alor mengambil masa kurang dari seminit.  Tetapi, jika anda berada jauh sedikit, seperti di Hotel Capitol, anda boleh menaiki metro untuk ke Jalan Alor. Hotel bertaraf lima bintang, Grand Millennium, juga terletak berdekatan Jalan Alor dan anda hanya perlu berjalan kaki ke sana. Untuk kemudahan pengangkutan awam, tempah tiket bas online melalui perkhidmatan RedBus supaya mudah untuk anda bersiar-siar ketika bercuti di sekitar bandar ini.  


3. Lebuh Kimberley (Kimberley Street)

Tidak hairanlah makanan tempatan di Lebuh Kimberley semakin popular sejak beberapa tahun ini. Berlatarbelakangkan budaya dan warisan Cina Teochew, Lebuh Kimberley merupakan salah satu tempat makan paling menarik di dunia. Masa terbaik untuk mengunjungi Lebuh Kimberley adalah pada waktu petang antara pukul 6 - 10 petang. Tempah tiket bas anda dengan aplikasi RedBus atau secara online dan nikmatilah diskaun promosi dan tawaran hebat untuk ke Lebuh Kimberley. 


Antara hidangan tidak-halal yang menarik di Lebuh Kimberley termasuk kuey teow goreng dan hidangan nasi beserta kaki ayam rebus. Makanan kegemaran lain seperti itik kway chap amat popular di kalangan golongan muda dan tua. Ia diperbuat daripada mi beras yang dihidangkan bersama daging itik rebus, telur rebus dan usus babi.  


4. Pasar Malam Temonyong (Temonyong Night Market)

Di pasar malam Temonyong, Langkawi, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan asli luar bandar yang sedap. Antaranya sate, otak-otak yang dibalut dengan daun pisang, ikan bilis goreng, mi berkuah kicap dan kuih apam balik.


5. Ipoh

Semestinya, anda wajib mencuba makanan di Ipoh! Beberapa makanan tempatan istimewa hanya boleh didapati khas di Ipoh sahaja. Jadi, jika anda ingin memulakan pengembaraan mencari makanan menarik di Malaysia, mulakan di Ipoh. Kelazatan dim sum dari Foh San Dim Sum tiada tolak tanding, terutamanya sajian terung sumbat yang rangup dan enak. Foh San Dim Sum amat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Hidangan Har Mai juga digemari ramai kerana ia mengandungi daging udang enak yang dibalut dengan lapisan tepung nipis.  


6. Bandaraya Melaka (Malacca City Centre)

Seperti Pulau Pinang, Melaka turut mewarisi makanan sedap dan manis daripada golongan Peranakan. Makanan Peranakan Baba Nyonya Melaka banyak menggunakan santan dan rempah ratus. Anda boleh mencuba makanan ini di pasar malam Jonker Street yang hanya beroperasi pada hari Jumaat hingga hari Ahad. Oleh itu, rancanglah masa cuti anda ke Melaka pada hujung minggu. 


Antara makanan dan manisan terkenal yang menanti anda di sana termasuk air kelapa shake (air kelapa yang dikisar bersama ais, isi kelapa dan krim putar), laksa nyonya (mi beras beserta sup udang, santan dan kepingan cili), nasi ayam, pai tee (kuih tat disumbat dengan hirisan nipis udang dan sayur) dan cendol gula melaka ikonik di Melaka (diperbuat dari ketulan ais, santan segar, kacang merah, cendol, gula melaka).




   

 

SHARE:

0 comments:

Post a Comment

CUSTOM BLOGGER TEMPLATES BY pipdig