Salam & hello everyone. Apa khabar semua? Tahukah anda, kecantikan kulit bukan sahaja dari penjagaan kulit melalui skincare sahaja. Kecantikan kulit banyak juga dipengaruhi oleh apa yang kita makan dan juga cara lifestyle kita. Sab memang setuju sangat dengan fakta ni. Sab do realize that bila Sab banyak makan makanan bergula atau berminyak, kulit akan jadi kusam and jerawat mula tumbuh lebih kerap. Jom ketahui bahan-bahan makanan yang apa terbaik untuk kecantikan kulit kita. Sebelum itu, kita tahu dahulu akibat penjagaan dalaman dalam pemakanan tidak terjaga boleh menyebabkan beberapa masalah kulit seperti berikut :
1. Kulit kusam / tona tidak sekata
Perasan tak muka kita walau pakai makeup, nampak macam... emmm... tak kene je. Walaupun itu lah rutin makeup kita setiap hari yang kita tahu pasti naik seri muka. Kulit kusam ni apabila kulit kita nampak tidak sekata, dan tidak berseri. Selalunya kulit kusam terjadi sebab kulit kita terdedah dibawah cahaya matahari terlalu lama tanpa perlindungan yang betul. Sinaran matahari memang tidak bagus untuk kulit jika berlebihan. Kulit kita memerlukan Zinc & antioxidant untuk mendapatkan seri itu kembali.
2. Jeragat semakin terang / tidak pudar
Apa itu jeragat? Jeragat dalam bahasa lain selalu dipanggil hyperpigmentation. Ia adalah bintik bintik hitam seperti bekas jerawat. Dalam setiap kulit kita memang ada cell melanin. Melanin ni akan jadi lebih terang lagi-lagi bila terkena pancaran sinaran matahari. Dia kan jadi lebih terang dan lebih sukar untuk dipudarkan. Melanin adalah cell yang menyebabkan kulit tampak lebih gelap dari asal juga.
3. Muka nampak lesu dan sakit/ tua dari umur sebenar (aging)
Penuaan kulit boleh terjadi seawal 25 tahun. Oh my! Yes, antara sebabnya ialah kekurangan kolagen dalam kulit dan juga sinaran UV berbahaya pada kulit. Perasan tak kulit bayi ni gebu licin lembut je! Ini kerana kanak-kanak menghasilkan kolagen lebih banyak dan lebih cepat. Kalau mereka luka, pasti cepat sembuh. As we grew older, kita tak akan produce kolagen sebanyak dan secepat dari kita muda dulu. Antara bahagian yang paling cepat nampak menuaan adalah leher, sebab kira jarang letak skincare di bahagian situ, dan kulit expose to the sunlight more often, walau duduk dalam rumah.
Punca kenapa kulit kita nampak kusam, lesu dan jeragat (hyperpigmentation) tidak pudar.
1. Pencemaran udara
Tidak kita sedar, pencemaran udara especially bila duduk di bandar, boleh menyebabkan kulit kusam dan juga beberapa masalah kulit yang lain. Udara kita mengandungi habuk dan kotor yang halus terperangkap bersama minyak kulit kita. Jika kulit kita tidak kuat untuk melindungi pendedahan ini, akan menyebabakan kulit cepat nampak kusam dan tidak sihat.
2. Diet tidak sihat
Pemakanan tidak sihat memang akan menyebab kan kulit tidak sihat. Kurang makan sayur dan buah is not a good thing! Sayur provide kita fiber untuk bantu buang toksin dalam badan, buah-buahan pula bantu kita mendapat vitamins yang baik untuk kulit kita. Gula, makanan berminyak especially makanan high in sodium akan membuat kulit kita nampak tidak sihat dan bloated.
3. Kurang minum air
Air bantu untuk membersihkan dalaman kita, fikirkan konsep kalau tak mandi pasti kita akan rasa tidak sihat dan kotor. Air putih sangat la membantu badan kita lebih sihat dan pastinya bila badan sihat, kulit pun pasti lebih sihat.
4. Pegang muka bila tangan kotor
Tangan kita sentuh bermacam-macam benda waktu mengurus kan aktiviti seharian, sedar tak sedar kita garu muka kita, pegang muka kita sebelum basuh tangan betul-betul. Ia menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit muka yang boleh menyebabkan jerawat.
5. Kulit terdedah dari sinaran UV
Kulit terdedah dengan sinaran UV yang bahaya secara tak sedar. We need at least SPF 30 sunscreen for our skin. At the same time kita perlu memastikan skin barrier kita kuat untuk merendahkan risiko sinaran UV matahari.
---------- AFYAA RYNDU ----------